top of page

No Collections Here

Sort your projects into collections. Click on "Manage Collections" to get started

CSR Sibu Laut

KUCHING: Kira-kira RM10,000 ditaja Bank Rakyat kepada Kolej Universiti i-CATS (iCats UC) untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Sibu Laut, di sini, semalam.

Seramai 30 pelajar dan 25 kakitangan iCats UC serta beberapa dari pihak Bank Rakyat turun padang untuk menjalankan program di kawasan tersebut.

Sementara, Naib Canselor iCats UC Professor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce berkata, program CSR ini bertujuan untuk mengembangkan lagi penyelidikan dan segala kemajuan universiti ke komuniti, selain membantu masyarakat setempat.

"Menerusi program seperti ini, kita ingin memastikan agar komuniti-komuniti di sekitar Sarawak dapat dibangunkan.

"Berbeza dengan tujuan universiti terdahulu, ia hanya berfokus kepada akademik. Namun kini, di samping membangunkan ilmu, kita juga mahu mentransformasikan komuniti di kawasan sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan sebelum melaksanakan program-program CSR di Kampung Sibu Laut, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Program Puan Dahlia binti Bujang memberitahu bahawa terdapat empat aktiviti dilakukan di lokasi tersebut bagi menjalankan projek CSR.

Dedahnya, projek pertama melibatkan pengindahan surau dengan mengecat rumah ibadat tersebut, diikuti pemasangan lampu solar di kawasan surau.

"Ia bagi menerangi jalan di kawasan sekitar surau agar mudah untuk masyarakat menuju ke sana apabila keadaan gelap.

"Ketiga, pemasangan hidroponik menggunakan sistem solar bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berhubung aktiviti pertanian moden.

"Akhir sekali, projek pembersihan di persekitaran kwasan kampung oleh pelajar iCats UC," katanya ringkas.

Beliau turut meluahkan harapan agar aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dari pelbagai aspek.

Hadir sama Ketua Wilayah Bank Rakyat Sarawak Abdul Azis Rosli dan Ketua Kampung Sibu Laut Senep Yasin.

bottom of page